Mutiara Swarovski juga dikenali sebagai Mutiara Kristal Swarovski. Ia
satu-satunya mutiara tiruan yang dicipta
dengan menggunakan kristal Swarovski sebagai bahan asas. Penggunaan kristal
sebagai bahan asas telah menghasilkan mutiara tiruan yang sangat realistik.
Swarovski telah mencipta
satu teknik yang unik untuk membuat mutiara swarovski kelihatan seperti mutiara
asli. Swarovski menghasilkan kaedah pertama di dunia yang menggabungkan kristal
dengan salutan mutiara yang indah. Mutiara Kristal
Swarovski benar-benar menakjubkan dan telah dicipta khas untuk kelihatan seakan-akan mutiara yang sebenar dengan menggabungkan salutan mutiara di atas
kristal yang digerudi. Lapisan inovatif khas memastikan replika mutiara
semulajadi yang sempurna dan memberikan cahaya seperti dipancarkan dari dalam
mutiara itu sendiri. Mutiara Swarovski serupa dengan mutiara
asli bukan sahaja dalam dari segi penampilan dan saiz tetapi juga dalam
keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan suhu badan
anda. Mutiara Swarovski mempunyai kilauan harmoni dan berseri yang dicapai
oleh teknologi salutan khas yang dibangunkan oleh Syarikat Swarovski.
Mutiara Kristal Swarovski dihasilkan di bawah syarat-syarat yang ketat dan kualiti yang sempurna. Pemeriksaan tahap kualiti mereka memberi jaminan penuh
bahawa mutiara mereka mempunyai kemasan sempurna,
konsisten, dan saiz yang seragam. Swarovski menggunakan teknologi
canggih yang baru, menghasilkan lapisan ibu mutiara yang sama rata kepada teras
kristal. Teknologi inovatif ini membolehkan fleksibiliti dalam variasi warna
dan nada harmoni yang menghasilkan cahaya indah mutiara itu. Penggunaan kristal
sebagai bahan asas adalah faktor yang membezakan mutiara Swarovski berbanding
mutiara tiruan yang lain. Mutiara Swarovski yang telah siap mempamerkan
penampilan yang jauh lebih bercahaya berbanding mutiara
tiruan yang lain.
Mutiara tiruan lain mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya, semburan
minyak wangi atau peluh boleh menyebabkan mutiara tiruan plastik kehilangan
salutan mutiaranya. Kerana mutiara palsu mudah tercalar, aktiviti membersih
adalah sangat sukar. Tetapi bagi Mutiara Swarovski, ia boleh dibasuh dan tidak mudah terdedah kepada kerosakan dari minyak wangi
atau peluh. Ia juga tahan calar. Suhunya cepat disesuaikan dengan suhu badan si pemakai.
No comments:
Post a Comment